Monday, August 4, 2008

REFLEKSI BLOG

NORLIANA BT MD ARIS
A121373
PENDIDIKAN ISLAM
GE 1153 ( Selasa, 11:00am )



3) REFLEKSI BLOG

Tugasan seterusnya ialah saya perlu membuat blog. Saya perlu melayari www.google.com.my terlebih dahulu. Saya klik “more” dan di bawah “Communicate, show & share”, saya klik pada “blogger” sebagai langkah awal untuk membuat blog.

Terdapat tiga langkah untuk membuat blog iaitu 1) create an account, 2) name your blog, dan 3) choose a template. Pada langkah pertama, saya perlu mengisi butiran seperti alamat email yahoo, kata laluan, dan mengecam abjad atau nombor. Walau bagaimanapun, saya tidak berjaya kerana kata laluan email yahoo saya tidak mencukupi. Untuk membuat blog ini memerlukan sekurang-kurangnya lapan abjad atau nombor. Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah ini. Iaitu dengan menukar kata laluan email yahoo atau membuka akaun google ( gmail ). Saya telah memilih untuk membuka gmail. Saya mendaftar dengan klik “gmail” di www.gooogle.com.my dan membuat akaun google. Saya perlu mengisi butiran seperti alamat gmail iaitu liyana1984@gmail.com , kata laluan dan pengesahan gmail. Selepas itu aya telah pun berjaya memiliki akaun gmail dan boleh meneruskan untuk membuat blog.

Saya mengisi semula butiran pada langkah pertama membuat blog dan klik “ I accept the term” kemudian klik “continue”. Langkah kedua ialah menamakan blog ( URL ). Saya perlu mengisi “blog title dan URL” kemudian membuat pengesahan dan klik “continue”. Saya menamakan blog saya sebagai “liyana” dan URL saya ialah http://liyanaGE1153.blogspot.com .

angkah ketiga ialah “choose a template”. Saya klik pada jenis latar belakang blog yang saya pilih. Selepas itu saya telah berjaya menghasilkan blog saya sendiri apabila terpapar “your blog has been created”. Kemudian saya klik “start blogging”. Saya klik “view blog” untuk melihat sepenuhnya blog ( dashboard ) yang telah saya hasilkan. Untuk keluar dari blog, saya klik “sign out”.

Sebagai langkah permulaan untuk memperkenalkan blog saya kepada pelawat blog, saya telah memasukkan gambar dan kata-kata. Saya juga telah meghantar alamat blog saya kepada rakan-rakan sekelas dan pensyarah melalui email dan yahoo group saya.. Di samping itu saya juga telah menghantar komen ke blog rakan-rakan sekelas seperti yang dikehendaki oleh pensyarah dengan melawat blog mereka dan klik “publish comment” untuk menghantar komen atau mesej.

Saya ingin membuat penambahbaikan dari segi bentuk blog dan maklumat untuk menjadikan blog saya lebih menarik dan berinformasi. Oleh itu, saya perlu sentiasa mencuba untuk mempelajari bagaimana menghasilkan blog yang menarik dan berinformasi. Saya berhasrat untuk menjadikan blog ini bukan sahaja untuk perkara berkaitan dengan pelajaran bahkan segala isu yang dapat dimanfaatkan bersama-sama pelawat blog saya. Saya berharap akan dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam dalam penggunaan blog ini.

2 comments:

zarina_blog2008 said...

Liyana-Saya zarina zakaria A99587 dari Program Pendidikan Islam, fakulti pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Setelah saya membaca refleksi blog saudari liyana, maka saya mendapati segala langkah demi langkah untuk membuat blog adalah disusun dengan teratur dan menampakkan isi-isi penting dalam menghasilkan blog, iaitu dari peringkat permulaan, pertengahan dan akhir.

Dimana, liyana menyatakan dia telah menggunakan 3 langkah diperingkat permualaan pembinaan blog. Pertama, mengdaftar di “gmail”. Kedua menamakan URL. Ketiga, dia telah memilih templat yang sesuai sebagai bacgkraund blognya.

Disini saya merasakan susunan yang dilakukan dalam refleksi ini adalah baik dan kemas, langkah demi langkah juga turut dinyatakan.

Liyana juga turut menyatakan segala kesulitannya dalam menghasilkan tugasan blog ini seperti dia menyatakan bahawa dia tidak mampu membuat blog pada peringkat awal kerana kata laluanya tidak cukup. Kesukaran untuk membuka akaun baru amat dirasainya. Wasalam. All the best for exam.

aminuddinblog said...

em kak bagus refleksi akak ni em nampak akak dah mula memahami dengan baik...