Monday, August 25, 2008

REFLEKSI EXCEL

REFLEKSI EXCEL

1.Buka Microsoft Office Excel.
2.Di bahagian atas ( barisan mendatar ) terdapat huruf A, B, C dan seterusnya di dalam setiap petak. Di bahagian tepi ( barisan menegak ) pula terdapat nombor , 2, 3 dan seterusnya di dalam setiap petak.
3.Taip perkara atau tajuk contohnya: Nama tingkatan, nama sekolah, dan nama guru.
4.Taip bilangan, nama pelajar, mata pelajaran, gred dan jumlah bermula di bahagian petak pertama A, B, dan seterusnya. Perkataan bilangan disingkatkan menjadi “bil” jika melebihi petak. Tetapi jika tetap mahu gunakan perkataan penuh, hanya perlu besarkan petak dengan pergi ke bahagian atas petak tersebut ( yang terdapat huruf-huruf ) di bahagian antara 2 petak, contoh: petak A dan B, letakkan corsor di bahagian tengah garisan antara A dan B, satu anak panah bersilang akan terpapar. Kemudian tarik ke ke kiri atau ke kanan apabila hendak besarkan atau kecilkan petak. Begitu juga dengan perkataan-perkataan lain yang agak panjang dan hendak disingkatkan.
5.Taip nombor 1 hingga 25 ( mengikut jumlah pelajar ) di bahagian bawah selepas petak bilangan. Cukup sekadar hanya taip nombor 1, 2 dan 3, tidak perlu taip hingga 25. Untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja, klik di nombor 1 dan gerakkan sedikit corsor untuk dapatkan tanda tambah yang gemuk ( TYG ), kemudian tekan butang mouse bersama TYG dan tarik ke bawah sehingga nombor 3, petak akan menjadi warna biru. Gerakkan corsor di bahagian hujung petak nombor 3 yang terdapat titik petak yang kecil untuk dapatkan tanda tambah yang kurus ( TYK ). Tekan butang mause bersama TYK tersebut dan tarik ke bawah sehingga bilangan yang dikehendaki dan lepaskan butang mouse. Bilangan nombor akan bertambah sehngga 25 dengan cepat.
6.Jika mahu betulkan ejaan yang salah atau tambah perkataan, gerakkan corsor ke bahagian atas selepas petak huruf-huruf. Terdapat “fx” dan ruang kosong di sebelahnya. Klik pada petak perkataan yang salah, ia akan tertera di ruang atas tersebut. Betulkan ejaan atau atau tambah perkataan di bahagian ruang tersebut. Jangan betulkan atau tambah perkataan di bahagian petak yang salah. Ia akan menyulitkan kerja.
7.Taip nama pelajar dan markah dalam petak-petak nama pelajar dan markah.
8.Di ruang petak selepas jumlah, taip klasifikasi markah dan gred.
9.Ia akan membantu dan memudahkan penentuan gred setiap markah yang telah ditaip secara automatik. 101 ERROR akan mengesan kesilapan jika markah yang ditulis melebihi 100 kerana maksimum markah adalah 100. Namakan klasifikasi markah-gred ini, contohnya “JADUAL”. 10.Kemudian tuliskan JADUAL di bahagian ruang tepi atas petak A.
11.Untuk dapatkan gred, klik pada petak gred markah pelajar pertama ( petak akan menjadi tebal ), dan klik pada “fx” di bahagian atas petak huruf. Kemudian satu kotak “Insert Function” akan keluar. Pilih menu “All” pada “or select a category”. Pada “select a function”, pilih “VLOOKUP” dan klik OK.
13.Selepas itu, kotak “Function Arguments” akan keluar dan terdapat ruang kosong yang perlu diisi. Iaitu, “Lookup_value” klik pada markah yang pertama bagi mata pelajaran pertama, dan akan tertera C9 di ruang tersebut. “Table_array” taip JADUAL, “Col_index_num” taip 2 dan “Range_lookup” taip TRUE. Kemudian klik OK.
14.Klik petak gred pertama tadi dan cari TYK. Tekan butang mouse bersama TYK dan tarik ke bawah sehingga nama pelajar terakhir. Gred akan tertera secara automatik mengikut markah.
15.Langkah yang sama dibuat pada semua gred mata pelajaran.
16.Untuk dapatkan jumlah, klik pada petak jumlah markah pelajar pertama dan klik “fx”. 17.Kemudian satu kotak “Insert Function” akan keluar. Pilih menu “All” pada “or select a category”. Pada “select a function”, pilih “SUM” dan klik OK.
18.Selepas itu, kotak “Function Arguments” akan keluar dan terdapat ruang kosong yang perlu diisi iaitu “Number 1”. Klik pada markah pelajar pertama, garisan putus-putus akan tertera lalu tarik ke kanan sehingga gred mata pelajaran terakhir ( sebelum jumlah ) dan klik OK. Jumlah markah akan tertera secara automatic di petak jumlah.
19.Klik pada jumlah markah pelajar pertama tadi dan gerakkan corsor untuk dapatkan TYK dan tarik ke bawah ssehingga nama pelajar terakhir. Jumlah markah akan tertera secara automatik.
20.Untuk dapatkan jumlah pelajar mengikut gred, tuliskan di bahagian bawah selepas nama pelajar “BIL A, B, C, D dan E”.
21.Klik pada petak sebelah BIL A dan klik pada “fx”. Kemudian satu kotak “Insert Function” akan keluar. Pilih menu “All” pada “or select a category”. Pada “select a function”, pilih “COUNTIF” dan klik OK.
22.Selepas itu, kotak “Function Arguments” akan keluar dan terdapat ruang kosong untuk diisi. 23.Pada ruang “Range”, klik pada gred pelajar pertama dan akan keluar garis putus-putus. 24.Tekan butang mouse untuk dapatkan TYG dan tarik garisan itu hingga ke seluruh gred mata pelajaran pelajar terakhir dan lepaskan. Maklumat akan tertera di ruang Range.
25.Pada ruang “Criteria” pula taip “A” dan klik OK.
26.Langkah yang sama diulang untuk jumlah BIL B, C, D dan E.
27.Untuk dapatkan PURATA, klik pada petak sebelah PURATA dan klik pada“fx“. Kemudian satu kotak “Insert Function” akan keluar. Pilih menu “All” pada “or select a category”. Pada “select a function”, pilih “AVERAGE” dan klik OK.
28.Selepas itu, kotak “Function Arguments” akan keluar dan terdapat ruang kosong “Number1”. 29.Pada ruang itu, klik pada jumlah bilangan A yang telah diperolehi tadi dan akan keluar garis putus-putus, Tarik ke bawah hingga bilangan E. Maklumat akan tertera di ruang Number1.
30.Pada ruang “Number2” pula klik pada markah mata pelajaran pelajar pertama. Selepas garis putus-putus keluar, tarik hingga ke seluruh bahagian markah pelajar terakhir. Maklumat akan tertera di ruang Number2 dan klik OK.

REFLEKSI CARTA PAI
1.Bold BIL A, B, C, D, E dan jumlahnya.
2.Klik “Insert” dan pilih “Chart”. Pilih“Pie’’.
3.Klik butang mouse kanan dan pilih menu“Chart Options’’. Taip tajuk carta pai di bahagian ruang“Title’’.
4.Pelbagai jenis carta yang boleh diperolehi dan boleh juga diubahsuai mengikut citarasa dari segi warna, tulisan dan bentuk.
5.Bagi mendapatkan susunan nama mengikut abjad, bold keseluruhan nama pelajar, markah, mata pelajaran dan jumlah markah.
6.Kemudian, klik“Data’’ dan pilih menu“Sort’’. Nama akan disusun mengikut susunan abjad A-Z.
7.Saya menyusun nama pelajar mengikut abjab dan jantina. Iaitu pelajar lelaki di bahagian atas dan pelajar perempuan di bahagian bawah.
8.Saya juga mencari nombor kedudukan pelajar mengikut jumlah markah tertinggi dengan menggunakan “Sort”.
9.Setelah siap, saya hantar ke yahoo goups.

REFLEKSI WORD

REFLEKSI WORD

Selain daripada power point, saya juga perlu membuka folder word dalam yahoo group. Ia bertujuan untuk menyimpan segala hasil kerja tugasan. Saya perlu menyediakan dua tugasan dengan menggunakan word. Pertama, membuat brochure menggunakan “columns” dan kedua, membuat buku program menggunakan “book fold”.

Pensyarah telah menunjukkan contoh-contoh brochure. Pensyarah juga telah menunjukkan langkah-langkah untuk membuat brochure secara ringkas. Langkah pertama yang perlu saya ambil ialah dengan membuat analissa berkaitan tajuk brochure yang ingin saya hasilkan. Idea awal saya pada masa ini ialah untuk memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ( p&p ) menggunakan pendekatan ICT khususnya dalam bidang Pendidikan Islam. Saya perlu memilih satu topik dalam silibus Pendidikan Islam untuk dijadikan panduan pengajaran. Kemudian barulah saya merekabentuk brochure saya.

REFLEKSI BROCHURE

1.Buka Microsoft Word. Saya menggunakan Windows 2003.
2.Klik “File” dan pilih menu “page set up”. Kemudian, pada bahagian “Orientation”, pilih “Landscape”. Tujuannya ialah untuk menukar kedudukan kertas supaya mudah untuk di bahagi kepada 3 bahagian.
3.Saya telah memilih untuk membuat brochure berkaitan Pendidikan Islam Tingkatan 2 dalam bahagian Ibadat bertajuk Puasa Menjana Keperibadian Muslim.
4.Bahagian 1, saya letakkan logo UKM dan nama fakulti.
Logo UKM - Klik “Insert” dan pilih menu “Picture” kemudian pilih “From file”. Gambar-gambar dalam fail simpanan akan keluar dan klik pada gambar dan “Insert”. Ubah gambar mengikut citarasa. Untuk warna kotak, klik “Fii Colour”.
FAKULTI PENDIDIKAN - klik “Text Box”. Selepas 1 kotak keluar, saya tulis di dalamnya.
Tajuk – Klik “Insert Word Art”.
5.Untuk tulisan biasa, hanya perlu klik di tempat yang hendak ditaip dan taip seperti biasa.
6.Saya juga menggunakan Clip Art, Table dan Picture. Klik Insert dan pilih menu kemudian letakkan di tempat yang dikehendaki. Atau klik terus pada toodbar yang telah terdapat menu-menu tersebut.
7.Kesukaran utama yang saya hadapi ialah untuk mengubah susunan. Tetapi akhirnya saya berjaya atasi dan dapat reka brochure dengan mudah iaitu dengan sentiasa memastikan“margin’’ berada pada column yang betul.
8. Print brochure. Saya memastikan kedudukan kertas betul mengikut susunan kandungan yang telah disusun.

REFLEKSI BOOK FOLD

Tujuan menggunakan book fold ialah untuk menghasilkan buku program dengan mudah. Bagi tujuan ini, saya telah memilih Pendidikan Islam Tingkatan 1 dan 2 sebagai pengsiannya.

1.Buka Microsoft Word. Saya menggunakan windows 2003.
2.Klik “File” dan pilih menu “page setup”. Kemudian pilh “landscape”untuk “orientation” dan “book fold” untuk “multiple pages”.
3.Kertas akan disusun secara automatik seperti buku program.
4.Taip maklumat mengikut muka surat yang telah tertera dalam computer dan tidak perlu bimbang tentang kedudukan muka surat kerana computer akan menyusun muka surat secara automatik ketika buku program dicetak.
5.Saya memilih tajuk Pendidikan Islam tingkatan 3, bahagian sirah dan tamadun Islam ( Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Saidatina Aiishah R.A ).
6.Muka surat pertaa, sebagai muka depan, saya masukkan clip art dari fail simpanan saya. Klik “Insert” dan pilih menu “picture” dan “from file”. Kemudian pilih gambar dan klik “Insert”.
7.Untuk taip perkataan di atas gambar tadi, saya menggunakan “Text Box”. Klik “Insert” dan pilih menu “Text Box”
8.Saya juga memasukkan pelbagai warna dan bentuk huruf untuk menambahkan buku program ini menarik.
9.Pada isi kandungan, saya menggunaka Table, Picture dan Clip Art.
10.Saya sering mengalami masalah untuk menaip kerana kadang-kala apabila saya klik mause pada temapat yang hendak ditaip tetapi, tiada respon.
11.Akhirnya, saya dapat mengatasinya setelah mencuba beberapa kali. Hanya perlu mengubah kedudukan margin yang terdapat pada bahagian atas muka surat. Tarik margin ke tempat yang hendak ditaip. Jika tiada, saya klik “View” dan pilih menu “Ruler”. Margin akan keluar dengan serta merta.
12.Saya juga menggunakan ‘”Word Art” dalam buku program ini. Hanya perlu klik menu “Word Art” dan taip maklumat kemudian ubah suai mengikut citarasa.
13. Print buku program. Saya perlu memastikan kedudukan kertas betul mengikit susunan kandungan yang telah disusun.

REFLEKSI POWER POINT

  1. REFLEKSI POWER POINT

    Pada kuliah kali ini ( 6/8.2008 ), pensyarah telah meminta setiap pelajar supaya menyediakan power point. Refleksi power point hendaklah dimasukkan ke dalam folder dalam yahoo group. Oleh itu, saya telah membuka “folder power point” untuk menyimpan segala langkah dan hasil kerja power point dari semasa ke semasa sehinggalah selesai.

    Pensyarah telah menerangkan dan menunjukkan cara untuk menghasilkan power point. Setiap power point mestilah mengandungi pengenalan, isi kandungan dan penutup. Slide juga perlu mempunyai pautan terus tanpa perlu membuka fail lain. Pensyarah telah menunjukkan contoh power point yang menarik dan menunjukkan cara untuk membuat pautan tersebut. Slide yang mempunyai pautan harus diletakkan pada slide selepas slide-slide utama atau slide terakhir “terima kasih”. Pensyarah juga menunjukkan cara untuk menggunakan “master layout” dan saya perlu mereka sendiri reka bentuk master layout yang hendak digunakan pada setiap slide. Master layout ini bertujuan untuk memudahkan, mempercepatkan dan menjadikan power point lebih menarik. Selain itu, pensyarah juga mengingatkan agar menggunakan warna yang konsisten pada setiap slide.

    Langkah-langkah yang perlu saya lakukan untuk menghasilkan power point ini ialah membuat analisa berkaitan isi kandungan yang berkaitan dengan program Pendidikan Islam, reka bentuk slide dan pelaksanaannya. Saya telah memilih silibus Pendidikan Islam tingkatan 1, bahagian Ibadat yang bertajuk Solat Jumaat – Konsep Solat Jumaat –

    RFLEKSI MASTER LAYOUT

    1.Buka Microsoft Power Point
    2.Klik View dan pilih menu Master dan Slide Master. Tujuannya ialah untuk merekacipta master layout yang akan digunakan pada semua slide.
    3.Pada slide pertama, klik Insert dan pilih menu Picture dan From File untuk masukkan gambar atau background dari fail simpanan. Apabila fail telah dibuka, klik pada gambar yang dikehendaki dan klik Insert pada ruang File Name. Gambar akan masuk pada slide master. Letakkan logo atau gambar . Ia akan keluar secara automatik pada slide-slide yang seterusnya.
    4.Kemudian, klik Close Master Slide. Pada slide kedua, untuk mendapatkan master layout yang telah direka tadi, klik New Slide. Slide yang sama akan keluar seperti yang direka.
    5.Taip tajuk pada kotak Title dan maklumat pada kotak di bawahnya. Contoh : Tajuk : KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN ( GE 1155 )
    Maklumat : NORLIANA BT MD ARIS ( A121373 ), PENDIDIKAN ISLAM, FAKULTI PENDIDIKAN UKM, PENSYARAH ; PN NOR SAKINAH MOHAMAD.
    6.Untuk slide berikutnya, hanya perlu klik New Slide dan masukkan segala maklumat atau nota yang berkaitan.
    7.Saya menggunakan master layout yang telah saya reka sendiri untuk semua slide.

    REFLEKSI SLIDE PAUTAN

    1.Nota pautan mesti dibuat pada slide selepas slide-slide utama dan slide terakhir ( slide TERIMA KASIH )
    2.Copy slide yang hendak dimasukkan pautan ke slide yang baru selepas slide TERIMA KASIH.
    3.Pada slide pautan ini masukkan nota pautan atau maklumat yang dikehendaki. Saya menggunakan Autoshape untuk membuat pautan.
    4.Pergi semula ke slide asal yang hendak dimasukkan pautan tadi dan bold tulisan.
    5.Klik Insert dan pilih menu Hyperlink. Kemudian, di bawah Link To: pilih menu Place In This Document.
    6.Di bahagian Select a place in this document, pilih slide pautan yang telah di copy tadi dan klik OK.
    7.Klik pada Slide Show dan pilih menu Set up Show. Pada Ruang Slide Show –From- taip nombor slide 1 To-taip nombor slide terakhir sebelum slide pautan iaitu slide TERIMA KASIH. Contoh pada power point saya ialah : From: 1 dan To: 15
    8.Ulang langkah yang sama untuk membuat pautan seterusnya.
    9.Akhir sekali, saya semak semula setiap slide yang telah siap untuk memastikan setiap pautan dan susunan slide yang dibuat betul dan tersusun.

Monday, August 4, 2008

REFLEKSI BLOG

NORLIANA BT MD ARIS
A121373
PENDIDIKAN ISLAM
GE 1153 ( Selasa, 11:00am )



3) REFLEKSI BLOG

Tugasan seterusnya ialah saya perlu membuat blog. Saya perlu melayari www.google.com.my terlebih dahulu. Saya klik “more” dan di bawah “Communicate, show & share”, saya klik pada “blogger” sebagai langkah awal untuk membuat blog.

Terdapat tiga langkah untuk membuat blog iaitu 1) create an account, 2) name your blog, dan 3) choose a template. Pada langkah pertama, saya perlu mengisi butiran seperti alamat email yahoo, kata laluan, dan mengecam abjad atau nombor. Walau bagaimanapun, saya tidak berjaya kerana kata laluan email yahoo saya tidak mencukupi. Untuk membuat blog ini memerlukan sekurang-kurangnya lapan abjad atau nombor. Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah ini. Iaitu dengan menukar kata laluan email yahoo atau membuka akaun google ( gmail ). Saya telah memilih untuk membuka gmail. Saya mendaftar dengan klik “gmail” di www.gooogle.com.my dan membuat akaun google. Saya perlu mengisi butiran seperti alamat gmail iaitu liyana1984@gmail.com , kata laluan dan pengesahan gmail. Selepas itu aya telah pun berjaya memiliki akaun gmail dan boleh meneruskan untuk membuat blog.

Saya mengisi semula butiran pada langkah pertama membuat blog dan klik “ I accept the term” kemudian klik “continue”. Langkah kedua ialah menamakan blog ( URL ). Saya perlu mengisi “blog title dan URL” kemudian membuat pengesahan dan klik “continue”. Saya menamakan blog saya sebagai “liyana” dan URL saya ialah http://liyanaGE1153.blogspot.com .

angkah ketiga ialah “choose a template”. Saya klik pada jenis latar belakang blog yang saya pilih. Selepas itu saya telah berjaya menghasilkan blog saya sendiri apabila terpapar “your blog has been created”. Kemudian saya klik “start blogging”. Saya klik “view blog” untuk melihat sepenuhnya blog ( dashboard ) yang telah saya hasilkan. Untuk keluar dari blog, saya klik “sign out”.

Sebagai langkah permulaan untuk memperkenalkan blog saya kepada pelawat blog, saya telah memasukkan gambar dan kata-kata. Saya juga telah meghantar alamat blog saya kepada rakan-rakan sekelas dan pensyarah melalui email dan yahoo group saya.. Di samping itu saya juga telah menghantar komen ke blog rakan-rakan sekelas seperti yang dikehendaki oleh pensyarah dengan melawat blog mereka dan klik “publish comment” untuk menghantar komen atau mesej.

Saya ingin membuat penambahbaikan dari segi bentuk blog dan maklumat untuk menjadikan blog saya lebih menarik dan berinformasi. Oleh itu, saya perlu sentiasa mencuba untuk mempelajari bagaimana menghasilkan blog yang menarik dan berinformasi. Saya berhasrat untuk menjadikan blog ini bukan sahaja untuk perkara berkaitan dengan pelajaran bahkan segala isu yang dapat dimanfaatkan bersama-sama pelawat blog saya. Saya berharap akan dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam dalam penggunaan blog ini.

REFLEKSI YAHOO GROUP

NORLIANA BT MD ARIS
A121373
PENDIDIKAN ISLAM
GE 1153 ( Selasa, 11:00am )


2) REFLEKSI YAHOO GROUP

Tugasan seterusnya ialah saya perlu membuka yahoo group. Saya perlu melayari http://www.yahoo.com.my . Di bahagian Yahoo! Home ini terdapat banyak item. Saya perlu klik “ Groups” untuk membuat yahoo group. Oleh kerana saya sudah memiliki email yahoo, saya hanya klik “sign in” dan masukkan email yahoo dan kata laluan. Langkah pertama ialah, di bawah “Browse Group Categories” saya memilih item “Schools & Education” dan “Colleges & Universities”. Selepas memilih kategori saya klik “place my group here”. Langkah kedua, “Describe your group”. Saya perlu mengisi nama kump ( liyana ) dan alamat email yahoo group saya iaitu selasaLiyana@yahoogroups.com . Saya meletakkan pengenalan Komputer dalam Pendidikan GE1153 dan nama pensayarah sebagai pengenalan kumpulan saya. Langkah ketiga ialah saya perlu mengisi Profile & Email Address dan mengisi abjad atau nombor untuk mengesahkan yahoo group saya.

Selepas tiga langkah tersebut, saya telah berjaya memiliki yahoo groups dan menjemput rakan-rakan sekelas serta pensyarah untuk menjadi ahli yahoo group saya. Saya perlu menjemput semua rakan sekelas. Saya perlu klik “invite people to join”. Setelah mendapatkan email yahoo rakan-rakan sekelas, saya memasukkan alamat email mereka di ruangan yang disediakan. Mereka akan menjadi ahli yahoo group saya apabila menyertai jemputan saya melalui email mereka masing-masing.

Saya turut memuatkan gambar-gambar, butiran diri dan mesej-mesej ke dalam yahoo group saya. Untuk keluar daripada yahoo group ini, saya hanya perlu klik “sign out”. Melalui yahoo group ini saya ingin dan berharap dapat berkongsi maklumat bersama rakan-rakan sekelas terutamanya bukan sahaja berkaitan subjek ini bahkan subjek-subjek lain juga.

REFLEKSI EMAIL

NORLIANA BT MD ARIS
A121373
PENDIDIKAN ISLAM
GE 1153 ( Selasa, 11:00am )


1) REFLEKSI EMAIL

Tugasan pertama dalam GE1153 ialah setiap pelajar mesti mempunyai email yahoo masing-masing. Pelajar yang belum mempunyai email dikehendaki membuatnya dengan segera kerana segala tugasan yang dihantar kepada pensyarah hanyalah melalui email. Saya telah pun memiliki email yahoo sejak berada di sekolah menengah lagi. Namun saya masih ingat bagaimana cara untuk membuat email.

Saya perlu melayari http://www.yahoo.com.my untuk membolehkan saya mendaftarkan diri. Kemudian klik “mail” dan klik “daftar / sign up”. Saya perlu mengisi segala butiran dan memberi alamat email yang akan saya gunakan iaitu liyana_la@yahoo.com serta kata laluan untuk membolehkan saya “sign in” setiap kali ingin membuka atau menghantar email.

Pada kuliah pertama juga, saya dikehendaki menghantar dan membalas email bersama seorang rakan dengan memasukkan nama, no matrik dan program untuk dihantar kepada Pn Sakinah. Setelah mendapat email daripada rakan, saya klik “reply” dan taip alamat email Pn Sakinah di “cc” serta klik “attach file” untuk memasukkan gambar. Kemudian saya klik “send”. Saya klik “sent” untuk melihat semula email yang telah dihantar. Untuk menamatkan atau keluar daripada email, saya klik “sign out”.

Friday, August 1, 2008

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam - Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.